Menu
Yang Quee Yee Latar BelakangYang Quee Yee dilahirkan di dalam sebuah keluarga tani di Pontian, Johor, Malaysia. Beliau merupakan seorang yang menerima pendidikan bahasa Cina dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat ijazah muda. Beliau telah menghabiskan pelajaran sekolah rendah di Pontian dan telah menyambung sekolah menengah ke Singapura.
Walaupun demikian beliau tidak sempat menghabiskan persekolahannya di peringkat menengah kerana telah disumbatkan ke dalam penjara oleh pihak pemerintah Inggeris kerana disalahanggap terlibat dalam anasir komunis pada tahun 1950. Dalam peristiwa itu, beliau telah dipenjarakan untuk beberapa bulan dan lepas itu telah disingkirkan daripada Singapura. Oleh itu beliau terpaksa belajar atas daya usaha sendiri sehingga beliau berjaya diterima masuk Universiti Nanyang pada tahun 1955. Selepas memperolehi ijazah muda dalam bidang ekonomi daripada Universiti Nanyang, beliau telah menyambung pelajarannya ke Univerisiti Indonesia pada tahun 1960 untuk bidang pengkhususan bahasa Melayu.
Selepas itu, beliau pernah menjadi pensyarah untuk matapelajaran bahasa Melayu di Universiti Nanyang. Tetapi, beliau sekali lagi disyaki terlibat dalam perkara sensitif sehingga dilucutkan jawatan atas sebab "masalah politik". Sejak itu, beliau berputus untuk menyelamkan diri dalam bidang perkamusan bahasa Melayu demi mengelakkan diri daripada sebarang "masalah politik".
Menu
Yang Quee Yee Latar BelakangBerkaitan
Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri di Malaysia Yang di-Pertua Negeri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Yangon Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang (kepercayaan) Yang di-Pertua Negeri Sabah Yang di-Pertua Negeri MelakaRujukan
WikiPedia: Yang Quee Yee http://catalogue.nla.gov.au/Record/3884810 http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jsari18-11.html http://www3.ntu.edu.sg/NanyangAlumniAwards/winners...